PELAJARAN 5
Tegangan Permukaan Cecair
(ii)Tegangan
Permukaan Berdasarkan Teori Kinetik Jirim
Terdapat daya tarikan (daya jelekit) antara
molekul-molekul cecair.
Bagi molekul di dalam cecair daya tarikan antara
molekul adalah seimbang pada semua arah(daya paduan adalah sifar)
Bagi molekul di permukaan cecair tiada daya tarikan
ke arah atas.
Hanya terhasil
satu daya tarikan paduan ke bawah.
Akibatnya permukaan cecair menjadi tegang seperti
kulit yang kenyal.
Ini menyebabkan permukaan cecair mempunyai keluasan
yang paling minimum yang mungkin.
(iii) Eksperimen-eksperimen untuk menunjukkan kesan tegangan
permukaan
Eksperimen 1
Letak sebilah jarum diatas secebis kertas tisu yang
terapung di atas permukaan air.
Tolak kertas tisu perlahan-lahan sehinggga
tenggelam.
Didapati
jarum tidak tenggelam.
Ini disebabkan daya tegangan permukaan air menahan
berat jarum daripada tenggelam walaupun jarum lebih tumpat daripada air.
Eksperimen
2
Masukkan satu corong turas ke dalam larutan sabun
supaya terbentuk satu selaput sabun merentasi hujung besar corong itu.
Keluarkan corong turas.
Didapati selaput sabun akan menguncup dan
menaikki ke permukaan lebih kecil.
Ini kerana tegangan permukaan selaput sabun
menjadikan luas permukaannya paling minimum.
Eksperimen
3
Buatkan
satu bingkai dawai dan ikatkan benang yang panjang di tengah-tengahnya.
Celupkan bingkai dawai dalam larutan sabun supaya
selaput sabun terlekat kepadanya.
Angkat bingkai dawai.
Pecahkan selaput sabun di tenag-tengah benang.
Didapati benang menjadi tegang ke arah selaput
sabun yang tinggal.
Ini disebabkan selaput sabun mempunyai tegangan
permukan menjadikan luas paling minimum yang mungkin.
(iv)Eksperimen untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi
tegangan permukaan.
Eksperimen
1 (Jenis cecair)
Titiskan minyak di atas permukaan air.
Didapati titisan minyak itu menjadi satu tompok
minyak yang besar.
Ini menunjukkan tegangan permukaan air adalah lebih
besar daripada tegangan permukaan minyak menarik tompok minyak supaya menjadi
lebih besar.
Eksperimen
2 (Suhu cecair)
Letakkan
jarum di atas secebis kertas tisu yang terapung di atas permukaan air.
Tolak kertas tisu perlahan-lahan sehingga ia
tenggelam.
Didapati jarum tidak tenggelam kerana tegangan
permukaan air.
Ulangi eksperimen dengan menggunakan air panas.
Didapati jarum tenggelam.
Ini menunjukkan
apabila suhu air bertambah,tegangan permukaan air
berkurangan,menyebabkan jarum tenggelam.
Ekspeimen 3 (Larutan
pembersih @ bendasing)
Letakkan jarum di atas secebis kertas tisu yang
terapung di atas permukaan air.
Tolak kertas tisu perlahan-lahan sehingga ia
tenggelam.
Didapati jarum tidak tenggelam kerana tegangan
permukaan air.
Titiskan beberapa titik larutan sabun ke dalam air.
Didapati jarum akan tenggelam.
Ini menunjukkan apabila air dimasukkan sabun,tegangan
permukaan air menjadi berkurangan,menyebabkan jarum tenggelam.
(c)Sifat Pembasahan Cecair
(i) Daya lekitan:
daya tarikan antara molekul-molekul yang sama jenis,
Contohnya ialah daya tarikan antara molekul air
dengan molekul air.
(ii)
Daya lekatan:daya tarikan antara molekul-molekul yang
berlaianan jenis,
Contohnya ialah daya tarikan antara molekul air
dengan molekul kayu.
(iii)
Sifat pembasahan:Cecair
akan membasahi jasad lain sekiranya jika daya lekatan melebihi daya lekitan.
(iv)Tindakan
kapilari:
Cecair yang naik dalam sebatang tiub kapilari dan membentuk meniskus melengkung
dinamakan sebagai tindakan kapilari.
(v)Eksperimen-Eksperimen untuk menunjukkan daya lekatan dan
lekitan.
Eksperimen 1
Titiskan air dan merkuri di atas dua keping sisip
kaca yang bersih dan perhatikan bentuknya.
Didapati air membasahi sisip kaca,manakala merkuri
tidak.
Ini disebabkan daya lekakan antara molekul air
dengan molekul kaca melebih daya
lekitan antara molekul air dengan molekul air.
Disamping itu daya lekitan antara molekul merkuri dengan molekul merkuri melebih daya
lekatan antara molekul merkuri dengan molekul kaca.
Eksperimen
2
Celupkan dua batang tiub kapilari berlainan
diameter dalam bekas yang mengandungi air dan bekas yang mengandungi merkuri.
Didapati turus merkuri akan naik dan membentuk
meniskus melengkung.Jika diameter lebih kecil digunakan kenaikan air menjadi
lebih tinggi.
Ini disebabkan wujudnya daya tindakan kapilari
kerana daya lekatan antara molekul air
dan molekul kaca melebihi daya lekatan antara molekul air dengan molekul air.
Aras air akan naik sehingga daya tegangan
permukaan sama dengan berat turus air.
Turus merkuri didapati turun di dalam tiub kapilari
dan jika diameter lebih kecil digunakan lagi bertambah penurunan paras merkuri
dalam tiub kapilari.
Ini
disebabkan daya lekitan antara molekul merkuri dengan molekul merkuri melebihi
daya lekatan antara molekul merkuri dengan molekul kaca.
Aras aimerkuri akan turun sehingga daya tegangan
permukaan sama dengan berat turus
merkuri.
TUTORIAL
5
1 Manakah antara pemerhatian-pemerhatian berikut tidak berkaitan dengan tegangan permukan cecair?
A pisau
cukur keluli terapung di atas permukaan
air
B minyak terapung di atas permukaan air
C titisan air daripada paip berbentuk
sfera
D serangga berehat di atas permukaan air
2 Yang manakah berikut menyebabkan tegangan permukaan cecair?
A Daya lekitan yang kuat
B Daya
lekatan yang kuat
C Daya
kelikatan yang kuat
D
Daya julangan yang
kuat menyokong permukaan cecair
3 Di antara rajah-rajah berikut yang manakah menunjukkan
titisan air yang keluar daripada paip apabila dibuka secara perlahan?
4 Rajah menunjukan suatu selaput sabun
dalam sebuah corong turas.Apakah yang akan berlaku pada selaput sabun itu?
A selaput
sabun pegun
B selaput
sabun bergerak ke arah P
C selaput
sabun bergerak ke arah Q
D selaput sabun bergerak ke arah P dan
kemudian
ke arah Q
5 Sedikit serbuk
likopodium ditaburkan di atas permukan air di dalam satu piring petri yang
bersih.Apabila setitik sprit metil diletakkan di tengah permukaan air ,serbuk
likopodium
A bergerak
ke tengah piring petri
B bergerak ke tepi piring petri
C akan
tenggelam
D pegun
6 Di antara faktor-faktor
berikut mempengaruhi ketegangan permukaan
cecair kecuali
A suhu
cecair
B jenis cecair
C isipadu
cecair
D bahan
yang dimasukkan di dalam cecair
7 Sebuah perahu
polisterina boleh belayar dengan mengikatkannya sekeping sabun yang kecil di
belakangnya.Kejadian ini boleh diterangkan dengan
A tekanan
cecair
B ketumpatan cecair C daya apungan cecair
D tegangan
permukaan cecair
8 Apabila setitis merkuri dijatuhkan dalam
sebuah
bikar yang mengandungi air,merkuri itu akan
A larut di dalam air
B timbul di permukan air dan berbentuk sfera
C tenggelam di dalam air dan berbentuk
sfera
D berpecah dan tersebar ke seluruh bahagian air
9 Di antara kejadian-kejadian yang berikut yang manakah
disebabkan oleh daya tindakan kapilari?
A
air yang naik melalui
akar tumbuh-tumbuhan
B
gelembong udara yang
naik ke permukaan air
C air yang naik melalui penyedut minuman
10 Titisan air hujan tidak membasahi baju hujan kerana
A
daya lekatan antara molekul air hujan dengan molekul baju hujan
lebih kuat daripada daya lekitan antara molekul air hujan dengan molekul air
hujan
B daya
lekatan antara molekul air hujan dengan molekul baju hujan lebih lemah daripada
daya lekitan antara molekul air hujan dengan molekul air hujan
C daya
lekatan antara molekul air hujan dengan molekul air hujan lebih kuat daripada
daya lekitan antara molekul air hujan dengan molekul baju hujan
D
daya lekatan antara molekul air hujan dengan molekul air hujan
lebih lemah daripada daya lekitan antara molekul air hujan dengan molekul baju
hujan
9 Di
antara rajah-rajah berikut yang manakah adalah benar mengenai tiub kapilari
yang direndamkan dalam cecair?
11 Rajah di atas menunjukkan sebuah bingkai
dawai yang diikat dengan benang yang panjang dan kendur.Bingkai itu kemudiannya
dicelupkan dalam larutan sabun dan selaput sabun kemudiannya terlekat pada
bingkai dawai apabila bingkai dawai itu diangkat daripada larutan sabun.
(a) Jika kawasan W dan X dipecahkan selaput
sabunnya,lukis bentuk benang yang akan terhasil pada rajah di bawah.
(b) Terangkan mengapa benang menjadi bentuk
seperti yang anda lukiskan pada rajah di atas.
…………………………………………………
....................................................................
(c) Nyatakan dua kaedah untuk mengurangkan kesan
yang anda nyatakan pada (b) di atas.
…………………………………………………
…………………………………………………
(d) Rajah menunjukkan dua batang tiub kapilari
yang berlainan diameter direndamkan ke dalam air dalam sebuah bikar.
(i)
Tandakan paras air yang akan memasukki
kedua-dua tiub kapilari tersebut.
(ii) Nyatakan fenomena yang berlaku dan jelaskan jawapan anda.
…………………………………………………
…………………………………………………
12
(a) Berdasarkan
teori kinetik jirim
terangkan mengapa
permukaan cecair dianggap sebagai kulit yang kenyal.
(b)
Huraikan suatu eksperimen
untuk menunjukkan sifat tegangan
permukaan cecair dan seterusnya
menentukan faktor-faktor yang
mempengaruhinya.
(c)
Jelaskan perkara-perkara berikut:-
(i) Air hujan tidak membasahi baju
hujan.
(ii) Larva nyamuk boleh dihapuskan
dengan memasukkan ubat jentik-jentik ke dalam air.