PELAJARAN 2
Inersia
Pengertian Inersia
Inersia adalah sifat semulajadi bagi suatu jasad
yang berjisim menentang perubahan dalam gerakan yang tiba-tiba.
Perubahan dalam gerakan bermaksud dari keadaan
rehat ke bergerak atau dari keadaan bergerak ke rehat.
Secara ringkasnya inersia ialah sifat enggan
berubah pada suatu jasad apabila dilakukan perubahan gerakan terhadap objek itu
Contoh-contoh fenomema harian atau eksperimen ringkas untuk
menunjukkan fenomena inersia.
(i) Dari
keadaan rehat ke bergerak:(eksperimen
ringkas)
Tarik
kertas tebal dengan cepat.
Didapati duit syiling
jatuh ke dalam gelas dan tidak bergerak bersama-sama kertas tebal.
Ini disebabkan duit
syiling mempunyai inersia terus mengekalkan keadaan rehatnya dan menentang
perubahan gerakan yang cuba dilakukan ke atasnya.
(ii)
Dari keadaan bergerak ke
rehat:(fenomena harian)
Penumpang-penumpang dalam
sebuah kenderaan akan terhumban ke hadapan apabila kenderaan itu diberhentikan
dengan tiba-tiba.
Ini disebabkan semasa
kenderaan itu bergerak halaju penumpang sama dengan halaju kenderaan.
Apabila kenderaan itu
diberhentikan,penumpang akan mengekalkan halajunya dan tidak berhenti bersama-sama kenderaan kerana penumpang
mempunyai inersia yang menentang perubahan gerakan yang cuba dilakukan ke atas
penumpang.
Contoh-contoh lain fenomema berkaitan dengan Inersia
Fenomema |
Keterangan |
1.Untuk menuangkan sos ke makanan kita mesti
menggerakkan botol sos dan kemudian
memberhentikannya |
|
2. Kita mesti mesti memusingkan payung dengan
laju untuk mengeringkannya |
|
Hubungan jisim dan inersia
Apabila jisim bertambah maka inersia akan
bertambah.
Eksperimen untuk menentukan hubungan jisim dan inersia
Gantung
dua baldi yang sama besar di mana salah satunya berisi pasir.
Tolak kedua-dua baldi serentak dan selepas berayun
beberapa ketika hentikan kedua-dua baldi serentak.
Didapati baldi yang berisi pasir lebih sukar
digerak dan dihentikan.
Ini menunjukkan baldi yang berjisim lebih besar
mempunyai sifat menentang prubahan dalam gerakan(inersia) yang lebih besar.
Oleh itu apabila jisim bertambah,inersia bertambah.
Neraca inersia
(i) Kegunaan
Ialah untuk menentukan
atau membandingkan jisim suatu jasad.
(ii) Struktur
neraca inersia.
(iii) Hubungan
antara jisim,m dengan tempoh ayuanan,T
bagi neraca inersia.
Kuasadua tempoh ayunan
berubah secara langsung dengan jisim.
T2 a m
T2 =
pemalar
m
(iv) Kaedah
menentukurkan neraca inersia.
Tentukan jisim satu
silinder besi = m
Ayunkan neraca secara
mengufuk
Catatkan masa 10 ayunan =
t
Kirakan tempoh T = t/10
Kirakan nilai T2
Ulangi eksperimen
sebanyak 5 kali dengan menambahkan silinder besi pada rak.
Lukiskan graf T2
lawan m
(iv) Eksperimen
untuk menunjukkan tempoh ayunan
tidak dipengaruhi daya
tarikan graviti bumi.
Masukkkan satu silinder
besi dalam rak.
Ayun secara mengufuk,
Catat masa 10 ayunan =t
Kira tempoh ,T = t/10
Ulangi eksperimen dengan
menggantung silinder besi dengan seutas tali dalam keadaan tegak lurus supaya
berayun tanpa kesan graviti.
Didapati tempoh,T adalah
tetap.
(v) Eksperimen
untuk menunjukkan tempoh ayunan
tidak dipengaruhi daya
tarikan magnet
Masukkkan satu silinder besi dalam rak.
Ayun secara mengufuk,
Catat masa 10 ayunan =t
Kira tempoh ,T = t/10
Ulangi eksperimen dengan
meletakkan magnet mengufuk berdekatan
dengan silinder .
Didapati tempoh,T adalah
tetap.
TUTORIAL 2
1 Inersia sesuatu objek adalah
A Perubahan
halaju sesuatu objek
B Daya
bertentangan dengan gerakan jasad
C Daya geseran yang wujud ketika objek mula bergerak
D Sifat semulajadi pada objek bagi menentang perubahan gerakan
jasad
2 Inersia suatu objek dipengaruhi oleh
A pecutan
jasad
B halaju
jasad
C jisim
jasad
D suhu
jasad
3 Fenomena-fenomena berikut adalah berdasarkan prinsip inersia kecuali
A Telur masak dan telur tidak dimasak diputar untuk menentukan
perbezaannya
B Penumpang-penumpang terhumban ke hadapan apabila kenderaan
diberhentikan dengan tiba-tiba
C Payung dipusingkan dengan cepat untuk mengeringkan air hujan
yang terlekat kepadanya
D Dua buah bot laju akan berlanggar apabila kedua-duanya
bergerak berhampiran satu sama lain
4 Neraca inersia digunakan untuk membandingkan
A jisim
jasad
B berat
jasad
C pecutan
jasad
D momemtum
jasad
5 Tempoh ayunan sebuah neraca inersia dipengaruhi oleh
A Pecutan
graviti
B Amplitud
ayunan
C Jisim
silinder besi
D Daya
tolakan yang dikenakan
6 Apabila silinder besi
berjisim 100 g dimasukkan dalam rak neraca inersia didaati tempoh ayunannya
ialah 4.8 saat.Berapakah jisim silinder besi yang dimasukkan dalam rak neraca
jika tempohya adalah 6.8 saat.
A 100
g B 150
g
C 200
g D 250
g
E 300
g
7 Apabila sebuah kereta yang sedang bergerak berhenti dengan
tiba-tiba,penumpang di dalamnya akan terhumban ke hadapan.Ini disebabkan
A inersia
kereta
B tarikan
graviti
C inersia
penumpang
D tindak
balas penumpang
8 Dua spring yang serupa digantungkan
pemberat berjisim 2 kg dan 5 kg
masing-masing.Kedua-dua pemberat
disesarkan ke bawah dan kemudiannya
dilepaskan serentak.
(a) Bandingkan
tempoh ayunan kedua- dua spring itu.
.....................................................................................
(b) Nyatakan
sebab bagi (a) di atas.
.....................................................................................
.....................................................................................
(c) Apakah yang terjadi tempoh ayunan kedua-dua spring jika
eksperimen ini dilakukan di bulan.
.....................................................................................
9
(a) Set radas dibina daripada bongkah logam yang diikat
benang P dan benang Q yang tergantung pada
siling seperti pada rajah.
Apa yang akan berlaku dan beri
sebab jika
(i) benang
Q ditarik ke bawah secara perlahan- lahan
dengan menambahkan daya tarikan secara
beransur-ansur?
.....................................................................................
.....................................................................................
(ii) benang Q disentak dengan satu daya yang kuat?
.....................................................................................
.....................................................................................
.....................................................................................
.....................................................................................
10 Rajah menunjukan sebuah neraca inersia.
Dengan
alat ini jisim sesuatu jasad boleh dapati dengan
membandingkan tempoh getarannya dengan tempoh getaran satu jasad yang diketahui jisimnya.Dalam satu eksperimen
untuk menentukur satu neraca inersia, seorang
pelajar mendapat keputusan
berikut:
Jisim m/kg |
Tempoh T/ s |
T2 / S2 |
m T2 ( 1 T.P.) |
1.0 |
0.82 |
|
|
1.5 |
1.00 |
|
|
2.0 |
1.15 |
|
|
2.5 |
1.29 |
|
|
3.0 |
1.41 |
|
|
(a) Lengkapkan
jadual di atas
(b) Apakah
unit bagi m
T2
.............................................................................................
(c) Apakah pertalian antara jisim,m dan tempoh getaran,T.
.............................................................................................
.............................................................................................
(d) Pelajar itu menggunakan neraca inersia ini untuk menentukan jisim
satu objek dan apabila objek itu diletak pada neraca tempoh getaran ialah 2.8
saat. Berapakah jisim objek itu.
11 (a) Mengapakah adalah lebih sukar untuk memulakan dan
untuk memberhentikan troli yang
berisi barang berbanding dengan troli yang kosong.
(b) Huraikan
satu rangka eksperimen untuk mencari hubungan
antara dua pemboleh ubah yang terlibat dalam (a) di atas.
Dalam huraian anda perkara- perkara
berikut mesti dinyatakan.
Tujuan dan Hipotesis
Pemboleh
ubah- pemboleh ubah yang terlibat
Mendefinasi
pemboleh ubah secara operasi
Radas
mencukupi dan berfungsi
Keadah
mengawal pembolehubah
Menjadual data
Kaeadah
menganalisis