PELAJARAN 1 GEREAKAN LINEAR
(a)Kinematik
(i) Pendahuluan
Kinematik ialah
kajian gerakan tanpa mengira
apakah punca yang menyebabkan
gerakan itu berlaku.
Ada
beberapa kaedah untuk mengkaji kinematik
iaitu
(a) analisis pita detik @ carta pita
(b) analisis gambar foto stroboskop
(c) analisis graf gerakan
(d) menggunakan persamaan gerakan linear
(ii) Istilah-istilah
kinematik
Jarak :
Jumlah panjang lintasan bagi suatu jasad bergerak.
: Unit S.I. nya adalah meter
(m)
: Ialah kuantiti skalar
Sesaran : Jarak suatu jasad bergerak pada arah tertentu.
: Unit S.I. nya adalah meter (m)
:
Ialah kuantiti vektor.
Laju : Kadar perubahan jarak
atau laju = jarak
masa
:
Unit S.I. nya adalah meter (ms -1)
:
Ialah kuantiti skalar
Halaju :
Kadar perubahan sesaran
atau halaju
= sesaran
masa
:
Unit S.I. nya adalah meter (ms-1) :
Ialah kuantiti vektor
Laju Purata = Jumlah jarak Jumlah
masa
:
Unit S.I. nya adalah meter (ms-1) :
Ialah kuantiti skalar
Halaju Purata = Jumlah sesaran
Jumlah masa
:
Unit S.I. nya adalah meter (ms-1)
: Ialah kuantiti vektor
Pecutan :
Kadar perubahan halaju
atau pecutan = perubahan halaju
masa
atau
pecutan
= halaju akhir - halaju awal
masa
:
Unit S.I. nya ialah ms-2
:
Pecutan ialah kuantiti vektor
:
Jika pecutan negatif ia dinamakan nyah-pecutan atau awa-pecutan.
Nota tambahan
1 seragam
= tetap = malar = sekata = sama
2 halaju
bertambah = pecutan
3 halaju
berkurang = nyah-pecutan
4 halaju
sifar = jasad pegun @ berhenti rehat
5 halaju
negatif = jasad bergerak pada arah berlawanan
6 pecutan
sifar = halaju seragam
7 pecutan
negatif = nyah-pecutan
Contoh
1
Seorang budak mengayuh basikal sejauh 2 km dari rumahnya menuju ke sebuah kedai basikal
untuk membaiki basikalnya. Selepas itu beliau balik dan dalam perjalanan
baliknya ke rumah
beliau berhenti di sebuah
warung yang berada sejauh 1.2 km
dari rumahnya.
Berapakah
(i) jumlah jarak budak itu mengayuh basikal
dari rumah ke warung.
(ii) jumlah sesaran budak itu mengayuh
basikal dari rumah ke warung.
Penyelesaian
Contoh
2
Seorang
pelari 400 m mengambil masa 1 minit 12
saat untuk menamatkan lariannya.
Tentukan laju puratanya.
Penyelesaian
Contoh
3
Seorang peserta acara jalan kaki bermula dari
titik
P ke Q ke arah timur sejauh
500 m dan kemudiannya ke utara menuju R sejauh 1200 m lagi. Jumalah masa yang diambil untuk bergerak dari P ke R adalah 3 minit 20 saat. Tentukan
(a) Jumlah jarak
(b) Sesaran
(c) Laju purata
(d) Halaju purata
Penyelesaian
Contoh
4
Sebuah kereta
bermula dari keadaan pegun dan
memecut
secara seragam supaya mencapai halaju 40 ms-1
dalam masa 10 saat.
Kemudian
kereta itu memperlahankan keretanya dan selepas
5 saat ,kereta itu berhenti.Tentukan
(a) pecutan kereta pada 10 saat pertama
(b) pecutan kereta 5 saat berikutnya.
Penyelesaian
(iii) Analisis
dari pita detik @ carta pita
Jangka
masa detik adalah alat yang digunakan untuk
mengkaji gerakan.
Ia
berfungsi seperti jam iaitu alat pengukuran masa. Selain daripada itu ia dapat digunakan untuk menentukan sesaran,halaju dan pecutan objek.
Kejituannya
adalah 0.02 saat.
Ia
menggunakan a.u.,menyebabkan jarumnya bergetar dan
menghasilkan titik pada pita detik.
Di
Malaysia oleh kerana frekuensi a.u. ialah 50 Hz,maka
ia menghasilkan 50 getaran sesaat.
1 detik
ialah selang masa di antara dua titik
berturutan.
50 detik = 1
saat
1 detik = 1 saat = 0.02 saat
50
x detik =
(x) (0.02) saat.
Pengiraan-pengiraan berdasarkan keratan pita detik atau carta
pita
Contoh 5
Berdasarkan
keratan pita detik di atas tentukan
(a) Jumlah masa
(b) Halaju purata.
Penyelesaian
Contoh 6
Berdasarkan
keratan pita detik di atas tentukan pecutan.
Penyelesaian
Contoh 7
Setiap selang AB,BC,CD dan DE mengandungi 5 detik.Tentukan pecutan.
Penyelesaian
Contoh 8
Berdasarkan
carta pita di atas tentukan
(a) Pecutan
(b) Halaju
purata
Penyelesaian
Jenis-jenis gerakan berdasarkan keratan pita
detik atau carta pita.
(a)
Jenis
gerakan adalah
Halaju |
Pecutan |
|
|
(b)
Jenis
gerakan adalah
Halaju |
Pecutan |
|
|
(c)
Jenis
gerakan adalah
Halaju |
Pecutan |
|
|
(v)
Jenis
gerakan adalah
Halaju |
Pecutan |
|
|
Stroboskop
merupakan suatu alat yang digunakan untuk memerhatikan
suatu jasad yang sedang bergerak supaya kelihatan
pegun.Jasad kelihatan pegun apabila
frekuensi gerakan jasad sama
dengan frekuensi stroboskop.
Gambar
foto stroboskop boleh diambil dengan meletakkan
stroboskop di hadapan kamera.
Stroboskop
terbahagi kepada dua jenis
(i) Stroboskop mekanik
Terdiri
daripada ceper bulat yang legap mengandungi beberapa celahan yang sama jarak
antara satu sama lain.
frekuensi gambarfoto stroboskop mekanik
= bilangan celahan x frekuensi putaran
atau f = np
(ii) Stroboskop elektronik
Mengandungi sebuah lampu xenon yang mengeluarkan kelipan cahaya pada frekuensi
yang boleh dilaraskan.
frekuensi
gambarfoto stroboskop = kadar pancaran cahaya sesaat
Gambar
foto stroboskop di atas merupakan gerakan sebiji alas bebola di sepanjang satah mengufuk.Gambar foto ini
diambil dengan menggunakan sebuah
kamera dan sebuah stroboskop mekanik yang mempunyai lapan
celahan dan berputar pada frekuensi 5 Hz.
(a)
Nyatakan jenis gerakan alas bebola itu.
(b)
Berapakah frekuensi gambar foto stroboskop
itu.
(c)
Berapakah selang masa di antara dua imej
berturutan
(d) Berapakah
bilangan imej dalam masa 30 saat
(e) Tentukan
halaju purata.
Penyelesaian
Contoh
10
Rajah
menunjukkan sebuah gambar foto stroboskop bagi sebuah troli menuruni satu
landasan curam dan licin.Gambar foto ini diambil dengan menggunakan sebuah
kamera dan sebuah stroboskop elektronik yang mengeluarkan 20 sinaran cahaya
sesaat.
(a)
Nyatakan jenis gerakan troli.
(b) Berapakah selang masa antara dua gambar
berturutan.
(c) Tentukan
(i) halaju awal
(ii) halaju akhir
(d) Tentukan
pecutan.
Penyelesaian
(v) Graf Gerakan
Graf Sesaran Masa
Berdasarkan graf
sesaran-masa di atas
Tentukan halaju pada
(a) (i) AB (ii)
BC (iii) CD
(b)
Nyatakan keadan gerakan jasad pada
(i) AB (ii)
BC (iii) CD
Penyelesaian
Berdasarkan
graf-halaju masa di atas,
(a) Tentukan
pecutan pada
(i) JK (ii) KL
(iii)
LM (iv)
MN
(b) Nyatakan
jenis gerakan pada
(i) JK (ii)
KL
(iii) LM
(iv) MN
(c) Tentukan
jumlah sesaran
(i) 10 saat pertama
(ii) ketika halaju seragam
(iii) 10 saat terakhir
(d) Tentukan
(i) Jumlah sesaran keseluruhan
(ii) Jumlah jarak keseluruhan
(e) Tentukan
(i) halaju purata
(ii) laju purata
Penyelesaian
(vi) Persamaan Gerakan Linear
Katakan
suatu jasad bergerak dengan halaju awal,u dan selepas masa,t halaju akhirnya
adalah v.
Maka pecutan ,a adalah
Pecutan
= kecerunan graf
(1)
Sesaran s bagi suatu adalah
Sesaran
= luas di bawah graf
(2)
Gantikan persamaan (1) dalam persamaan (2)
(3)
Daripada persamaan (1) tukarkan t sebagai perkara
rumus dan seterusnya gantikan dalam persamaan (2)
(4)
Rumusan:
u =
v
=
t
= s
=
a =
nota:
bermula dari keadaan pegun ,maka
........................
akhirnya berhenti
,maka...........................................
....jatuh ,maka...............................................................
dilontar ke atas
,maka...............................................
....pada tinggi
maksimum,maka....................................
Contoh
13
Seorang pelajar mengayuh basikal dari keadaan rehat
dan mencapai halaju 8 ms-1 setelah mengayuh selama 5 s.Berapakah
pecutan yang akan dihasilkan.
Penyelesaian
Contoh
14
Sebuah kereta bergerak dengan halaju 20 ms-1
dan mencapai halaju 30 ms-1 setelah bergerak selama 10 saat.
Berapakah jumlah sesaran kereta itu.
Penyelesaian
Contoh
15
Seketul batu dijatuhkan dari sebuah puncak bangunan
mengambil masa 4 saat untuk terkena tanah.Berapakah
(a) Halaju batu sejurus sebelum terkena tanah
(b) Tinggi
bangunan itu
Penyelesaian
TUTORIAL 1
1 Sebuah kereta yang
bergerak dengan halaju seragam mempunyai
pecutan
A bertambah B seragam
C sifar D berkurang
2 Nyah-pecutan bermaksud
suatu jasad bergerak dengan halaju
A negatif B positif
C bertambah D berkurang
3
Suatu
jasad bergerak dengan kelajuan
seragam 5 ms-1. Jasad tersebut dikatakan mengalami
A pecutan
B pecutan
sifar
C halaju
seragam
4
Jarak AB = 5m ,
BC = 5m dan CD = 7m. Berapakah jumlah
sesaran bagi jasad yang bergerak dari
A
hingga
D.
A 3m B 7m
C 13
m D 17
m
E 20
m
5 Ali menunggang motosikal
dengan kelajuan malar
30 km j-1 . Bakar berlari 100 m
dalam masa 15 s. Chan berbasikal sejauh 240 km dalam masa 10 jam.
Antara
pernyataan berikut yang manakah perbandingan
kelajuan yang betul?
A Kelajuan
Ali sama dengan kelajuan Bakar
B Kelajuan
Ali ,Bakar dan Chan adalah sama
C Kelajuan
Chan lebih daripada kelajuan Bakar
D Kelajuan
Ali dan kelajuan Chan lebih daripada
kelajuan Bakar
E Kelajuan
Bakar sama dengan kelajuan Chan tetapi kurang
daripada kelajuan Ali
6 Sebuah kereta bermula
dari keadaan pegun dan mencapai
halaju 20 ms-1 setelah bergerak selama
5 saat. Halajunya kekal 20 ms-1
setelah bergerak selama 20 saat lagi.Kereta itu mula memperlahankan
halajunya dan berhenti selepas bergerak
10 saat lagi. Pernyataan yang
manakah berikut adalah benar?
|
Permulaan Gerakan |
Pertengahan Gerakan |
Akhir Gerakan |
A |
Pecutan bertambah |
Pecutan seragam |
Pecutan berkurang |
B |
Pecutan seragam |
Pecutan sifar |
Nyah-pecutan seragam |
C |
Pecutan betambah |
Pecutan sifar |
Pecutan berkurang |
7 Detik sebuah jangka masa
detik ialah
A masa
untuk membuat dua titik berturutan pada
pita detik
B jarak
antara dua titik berturutan pada pita detik
C frekuensi getaran jangka masa detik
D laju
getaran jangka masa detik
8 Sebuah jangka masa detik menggunakan bekalan a.u. berfrekuensi
50 Hz.Masa bagi 16 titik berturutan adalah
A
0.60 saat B
0.44 saat
C
0.32 saat D
0.30 saat
E 0.20
saat
9
Pernyataan yang manakah benar mengenai
pita detik di atas?
A
Halaju di antara C dan D adalah rendah
B Halaju di antara DE
dan halaju di antara AB adalah sama
C Frekuensi di antara BC adalah lebih tinggi daripada
frekuensi di antara DE
D Masa antara AB adalah sama di antara masa DE
10
Rajah menunjukkan satu
keratan pita detik yang diperolehi oleh sebuah troli menerusi sebuah jangka
masa detik yang berfrekuensi 50 Hz.Laju purata
gerakan troli itu adalah
A
0.2 ms-1 B 0.3 ms-1
C
0.4 ms-1 D
0.5 ms-1
E 0.5
ms-1
11
Halaju purata di antara P
dan Q dalam pita detik di atas adalah
A
85 cms-1 B 170 cms-1
B 200
cms-1 C
240 cms-1
E
500 cms-1
12 Berdasarkan pita detik di atas halaju akhir adalah
A
40 cms-1 B 120 cms-1
C
150 cms-1 D 267 cms-1
E
420 cms-1
13 Berdasarkan keratan pita
detik di atas ,tentukan pecutan.
A
2 ms-2 B 4 ms-2
C
5 ms-2 D 8 ms-2
E 10
ms-2
14 Berdasarkan keratan pita detik di atas
,tentukan pecutan.
A -5 ms-2 B - 50 ms-2
C -
500 ms-2 D 50 ms-2
E
500 ms-2
15 Rajah menunjukkan carta pita yang dihasilkan
daripada gerakan sebuah troli.Pernyataan manakah benar?
A Troli bergerak dengan laju tetap dan pecutan bertambah
B Troli bergerak dengan laju bertambah dan pecutan bertambah
C Troli bergerak dengan laju bertambah dan pecutan tetap
D Troli bergerak dengan laju berkurang dan pecutan tetap
16 Pernyataan yang manakah adalah benar?
A Pada permulaan halaju sifar dan pada akhir halaju seragam
B Pada permulaan pecutan sifar dan pada akhir halaju seragam
C Pada permulaan halaju sifar dan pada akhir pecutan seragam
D Pada permulan pecutan sifar dan pada akhir pecutan seragam
17 Carta pita yang manakah menujukkan gerakan dengan pecutan
berkurang?
18 Rajah menunjukkan gambarfoto stroboskop
suatu pepejal karban dioksida pada permukaan ufuk
licin.Jenis gerakannya adalah
A
Pecutan seragam B Halaju bertambah
C
Pecutan sifar D
Halaju sifar
19 Sebuah stroboskop mempunyai 4 celah dengan frekuensi putarannya
5 Hz.Masa bagi dua imej berturutan pada gambar foto stroboskop adalah
A 40.0
s B 2.0 s
C 1.0
s D 0.4 s
E 0.05
s
20 Rajah menunjukkan gambarfoto stroboskop gerakan seketul
ais dengan menggunakan sebuah
stroboskop mekanik mempunyai dua celah
dan frekuensi putarannya ialah 25 Hz. Berapakah halaju guli itu?
A
5 cms-1 B
25 cms-1
C 100 cms-1 D 250 cms-1
E 500 cms-1
21 Rajah menunjukkan gambar
foto stroboskop bola bergerak yang
dirakamkan oleh sebuah stroboskop elektronik yang mengeluarkan 50 sinaran
cahaya sesaat. Halaju purata bola itu
adalah
A 0.
5 ms-1 B 1.0
ms-1
C 1.5 ms-1 D 2.0 ms-1
E 3.0
ms-1
22 Rajah menunjukkan gerakan bebola yang
dilihat melalui stroboskop empat
liang yang diputar dengan 10 pusingan
sesaat. Pecutan bebola adalah
A 4
ms-2 B 12 ms-2
C 24 ms-2 D 36 ms-2
E
38 ms-2
23 Sebuah stroboskop elektronik mengeluarkan 4
kilauan cahaya
sesaat digunakan untuk mengambil
gambar foto stroboskop seorang budak yang meluncur landasan curam.
Pecutan budak itu adalah
A
6ms-2 B 12 ms-2
C
24 ms-2 D 32 ms-2
E 48 ms-2
24 Graf sesaran,s lawan masa,t berikut yang
manakah menunjukkan jasad bergerak dengan pecutan seragam?
25 Di antara graf halaju,v lawan masa,t yang berikut yang manakah
menunjukkan jasad bergerak dengan
pecutan bertambah?
26 Sebiji
bola dilepaskan dari keadaan rehat dari P ke Q pada permukaan melengkung yang licin.Graf halaju- masa yang manakah berikut menunjukkan
gerakan jasad tersebut?
27 Berdasarkan graf halaju,v lawan masa,t di
atas pada bahagian manakah graf yang mengalami pecutan semakin berkurangan?
A
PQ B
QR
C
RS D ST
28 Berdasarkan graf halaju-masa di atas jumlah
sesaran adalah,
A
0 m B
5m
C 10
m D
20 m
E 50
m
29 Berdasarkan
graf halaju-masa di atas berapakah jumlah jarak yang dijalani oleh jasad dalam
80 saat pertama?
A 550 m B
640 m
C
700 m D 900 m
E 1800
m
30 Berdasarkan graf halaju-masa nyah pecutan
jasad adalah
A
60 ms-2 B 30 ms-2
C
2.5 ms-2 D 1.25 ms-2
E
0.5 ms-2
31 Berdasarkan graf di atas,halaju purata
adalah,
A
10 ms-1 B
9 ms-1
C 6 ms-1 D 4 ms-1
E 2 ms-1
32 Berdasarkan graf di atas,halaju purata
adalah
A
3.0 ms-1 B 4.6
ms-1
C
5.8 ms-1 D
6.2 ms-1
E 8.4
ms-1
33 Jika
halaju purata pada graf di atas adalah
15 ms-1
,tentukan nilai v?
A
10 B 15
C
20 D
30
E 45
34 Berdasarkan graf halaju,v lawan masa,t
bahagian manakah yang mempunyai halaju purata yang maksimum?
35 Rajah di atas menujukkan graf sesaran,s
lawan masa,t. gerakan bagi sebuah objek.Jika gerakan objek tersebut digambarkan
dalam graf halaju,v dengan masa,t graf yang manakah adalah benar?
36 Rajah di atas menunjukkan graf halaju,v
lawan masa,t bagi gerakan suatu objek.Apabila gerakan objek itu
digambarkisahkan pada graf sesaran,s
lawan masa,t ,graf yang manakah berikut adalah benar?
37 Seorang pengayuh basikal mengayuh basikal
dengan halaju 8 ms-1
pada pecutan 4 ms-2 .
Berapakah halaju pengayuh basikal itu
selepas 5 saat.
A 16 ms-1 B 20ms-1
C 24
ms-1 D 28 ms-1
E 32
ms-1
38 Sebuah roket bermula dengan halaju 2500 ms-1
dengan enjinya mengalami pecutan
20 ms-2
. Berapakah halaju roket setelah
enjinnya dihidupkan selama 4 minit.
A 4800 ms-1 B
5000 ms-1
C 6800 ms-1 D
7300 ms-1
E 7500 ms-1
39 Sebuah troli bermula dari keadaan pegun mencapai halaju 12 cms-1 setelah bergerak selama 5 saat.Jarak yang
telah ditempuhi oleh troli itu adalah
A 16
cm B
24 cm
C
28 cm D
30 cm
E 42
cm
40 Sebuah kereta bermula dari keadaan pegun mencapai halaju 20 ms-1 setelah bergerak sejauh
45 m.Jumlah masa yang diambil adalah
A
4.5 saat B
9.0 saat
C
13.5 saat D
18.0 saat
E 22.4
saat
41 Sebuah kapal terbang
memecut dengan 40 ms-2
selama 10 saat dari keadaan rehat sebelum
berangkat dari landasan. Panjang minuman
yang diperlukan bagi landasan
itu adalah,
A
1000 m B 2000
m
C 3000 m D
4000 m
E 5000 m
42 Sebuah
kereta bermula dari keadaan pegun mengalami pecutan seragam mencapai jarak sejauh 900 m setelah bergerak selama 30 saat.Pecutan yang dihasilkan adalah
A 5
ms -2 B
4 ms-2
C 3
ms-2 D 2 ms-2
E 1
ms-2
43 Sebuah lori bermula
dari keadaan rehat mengalami pecutan 10
ms-2 setelah bergerak sejauh 20 m.Halaju lori
pada jarak 20 m adalah
A 10 ms-1 B 20ms-1
C 40
ms-1 D 80 ms-1
E 100
ms-1
44 Sebuah kereta bergerak
dengan halaju 15 ms-1 mencapai halaju 10 ms-1
setelah sejauh 12.5 m. Pecutan kereta itu adalah
A 5.0 ms-2 B 2.5 ms-2
C 2.5
ms-2 D
5.0 ms-2
E
7.5 ms-2
45 Sebuah kereta bergerak dengan halaju 40 ms-1
diberhentikan beberapa saat selepas breknya ditekan . Jarak yang dilalui
sebelum berhenti adalah 100 m. Nyah-pecutan kereta ketika itu adalah
A
4 ms-2 B 8 ms-2
C
12 ms-2 D 16 ms-2
E
20 ms-2
46 Sebuah lori yang sedang bergerak dengan halaju 20 ms-1
dengan tiba-tiba dikenakan brek dan akhirnya berhenti setelah bergerak sejahuh
40 m.Masa yang diambil untuk berhenti adalah
A
10 saat B
8 saat
C
6 saat D
4 saat
E
2 saat
47 Seketul batu diangkat setinggi 5 m dan kemudian
dilepaskan.Halaju batu ketika terkena tanah adalah
A 5 ms-1 B 10 ms-1
C
15 ms-1 D 20ms-1
E
30 ms-1
48
Sebiji buah durian jatuh bebas ke tanah dalam
masa
2 saat. Tinggi pokok durian itu adalah
A
40 m B
30 m
C
20 m D
10 m
E 5m
49 Sebuah sfera logam
berjisim 5 kg dijatuhkan dari ketinggian 125 m.Masa yang diambil untuk
mencecah tanah adalah,
A
2 s B
4s
C
5 s D 8s
E 10
s
50 Dua sfera logam berjisim 2 kg dan 5 kg
masing-masing dijatuhkan pada
ketinggian 3.2 m dan 7.2 m.Perbezaan masa yang diambil untuk kedua-dua
sfera logam terkena tanah adalah
A 0.2
saat B
0.4 saat
C 0.6
saat D
0.8 saat
E 1.2
saat
51 Sebiji bola dilontar tegak ke atas dengan halaju 20 ms-1 .
Tinggi maksimum yang boleh dicapai oleh
batu itu adalah,
A 60
m B
40 m
C 30
m D
20 m
E
10 m
Pelajar |
Jarak/ m |
Masa/ s |
P |
100 |
20 |
Q |
120 |
20 |
Jadual
(a)
Pelajar |
Jarak/ m |
Masa/ s |
R |
100 |
20 |
S |
100 |
15 |
Jadual
(b)
52 Jadual (a) dan jadual (b)
merupakan data yang diperolehi hasil
larian empat orang pelajar P,Q,R
dan S.
(a) Bandingkan
laju
(i) pelajar P dan pelajar Q
..............
.......................................
(ii) pelajar R dan pelajar S
..............
.......................................
(b) Nyatakan
hubungan antara
(i) laju
dengan jarak pada jadual (a)
..............
........................................
(ii) laju dengan masa pada jadual (b)
..............
.......................................
(c) Berdasarkan
hubungan pada (b),berikan takrif laju serta nyatakan unit S.I.nya
53 Rajah (a) menunjukkan keratan pita detik
hasil tarikan
sebuah kereta mainan dengan menggunakan
sebuah jangka masa detik yang
dibekalkan dengan a.u. yang berfrekuensi
50 Hz. Rajah(b) pula merupakan
sekeping gambarfoto
stroboskop sebuah troli yang menuruni landasan
condong dan diambil dengan
menggunakan sebuah kamera dan sebuah stroboskop elektronik yang mengeluarkan 40 sinaran cahaya sesaat.
(a) Nyatakan
ciri sepunya mengenai halaju yang ditunjukkan pada rajah(a)
dan rajah(b)
..............
.......................................
..............
.......................................
(b) Berdasarkan
jawapan pada(a) ,nyatakan jenis gerakan
yang berlaku pada kereta mainan dan troli itu.
..............
(c) Apakah
yang berlaku kepada jangkamasa detik jika a.t.
digunakan.?
..............
.......................................
(d) Lakarkan
graf halaju-masa bagi gerakan kereta mainan
dan troli itu.
54 Rajah di atas menunjukkan satu carta pita
yang diperolehi dalam satu
eksperimen untuk mengkaji gerakan suatu jasad dengan menggunakan jangka
masa detik yang menggunakan a.u
berfrekuensi 50 Hz.
(a) Huraikan jenis gerakan yang ditunjukkan pada pita tersebut.
...........................................................................................
...........................................................................................
...........................................................................................
(b) Berapakah selang masa antara dua titik berturutan?
.............................................................................
(c) Hitungkan
halaju
(i) minimum
(ii)
maksimum
(d) Hitungkan
halaju purata
(e)
Hitungkan pecutan.
55 Rajah
(a) menunjukkan laluan sebuah kereta mainan yang bermula dititik
P ke Q dalam masa 3 s, kemudian dari
Q ke R dalam masa 5 saat, dan akhirnya
dari R ke S dalam masa 11 saat. Oleh sebab jarak dilalui dari P ke S tidak sama dengan sesaran dari P ke S, maka
laju purata kereta mainan itu juga
tidak sama dengan halaju puratanya
(a) Jadualkan semua kuantiti fizik dalam maklumat di atas dalam dua kumpulan.
(b) Rajah
(b) menunjukkan graf jarak melawan masa
bagi pergerakan kereta mainan itu dari
P ke S
(i) Pada
peringkat gerakan yang manakah kereta
itu bergerak dengan laju yang paling tinggi?Terangkan
.....
...................................................................................
...................................................................................
(ii) Berapakah sesaran kereta mainan itu dari P ke S
(iii) Hitungkan laju purata kereta mainan itu dari P ke S
(c) Lakarkan
graf laju melawan masa bagi keseluruhan perjalanan
kereta itu
56 Berikut adalah persamaan gerakan dengan pecutan seragam
v = u
+ at
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan simbol a , dan seterusnya berikan takrif a.
......
..................................................................................
(b) Apakah maklumat yang diperolehi dari at dan nyatakan unit
S.I.nya
.......
....................................
(c) Persamaan di atas boleh juga digunakan untuk gerakan jasad jatuh bebas. Seketul batu mengalami
jatuh bebas mengambil masa 4 saat untuk jatuh ke tanah.
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan jatuh bebas?
.......
....................................
(ii)
Tentukan halaju batu sejurus sebelum
terkena tanah
(iii)
Lakarkan graf halaju-masa dan sesaran-masa bagi gerakan batu itu.
57 (a) Sebuah troli yang dilepaskan menuruni satu landasan condong akan mengalami halaju yang maksimum semasa tiba di titik terbawah
landasan condong itu. Nyatakan
satu faktor yang mempengaruhi halaju semasa tiba di titik terbawah landasan condong itu.
(b) Huraikan
satu rangka eksperimen untuk menentukan
hubungan antara halaju maksimum dengan faktor yang mempengaruhinya.