PELAJARAN 3

 
 

 

 


Pengukuran

 

(a) Membuat anggaran

 

Alat pengukuran yang sempurna tidak pernah dijumpai oleh seorang saintis semasa menjalankan kajian atau penyiasatan saintifik.

Cara yang terbaik ialah dengan membuat anggaran terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan menggunakan alat yang lebih tepat atau jitu.

Pada amnya terdapat dua kaedah untuk membuat anggaran iaitu

(i)      Mengunakan sampel yang kecil untuk menentukan nilai yang lebih besar.

(ii)     Mengunakan sampel yang besar untuk menentukan nilai yang lebih kecil

 

(b)    Membuat anggaran menggunakan

sampel yang kecil untuk menentukan nilai yang lebih besar

 

Contoh 1: Menganggar lebar makmal

 

-            Ukur panjang tapak kasuk dengan pembaris meter , = p

-            Berjalan di sepanjang dinding makmal dan dapatkan bilangan tapak kasut dari hujung ke hujung makmal = n

-            Lebar makmal = np

 

Contoh 2: Menganggar luas meja

    makmal

 

-            Ukur panjang dan lebar buku teks fizik  dengan pembaris meter, = p  & l

-            Tentukan luas buku teks fizik = pl

-            Letakkan buku teks di atas meja dan gerakkannya sehingga buku teks terkena pada keseluruhan permukaan meja.

-            Catatkan bilangan kali buku teks terkena pada keseluruhan permukaan meja = n

-            Luas meja = npl

 

 

 

 

(c)     Membuat anggaran menggunakan sampel yang besar untuk menentukan nilai yang     lebih kecil

 

Contoh 1: Menganggar jisim satu petak kecil 

                  berukuran  2 mm x 2 mm pada  

 sekeping kertas graf

 

-            Timbang  jisim 50 keping kertas graf  berukuran 12 cm x 20 cm = m

-            Tentukan jisim sekeping kertas graf

                   = m ¸ 50

-        Tentukan bilangan petak kecil  

2 mm x 2mm dalam sekeping kertas graf 12 cm x 20 cm

         n  = luas kertas graf

                luas petak kecil

             =  120 x 200

                                        2x 2

                                =    6000

-        Tentukan jisim sekeping petak kecil  

          ( m ¸ 50 ) ¸ 6000

         

Contoh 2 : Menganggar diameter Dawai

 


 


-            Lilitkan dengan rapat seutas dawai pada  sebatang pensil.

-            Catatkan bilangan lilitan yang dibuat = n

-            Ukur jarak antara hujung kedua-dua dawai yang dililit di atas     

pensil = L

-            Tentukan diameter dawai = L

                                                              N

 

 

 

                  

 

 

                   Contoh 3 : Menganggar diameter

                   alas bebola


 


-            Susun dengan rapat 10 biji alas bebola.

-            Ukur jarak antara hujung ke hujung jarak alas bebola pada pembaris meter , =p

-            Tentukan diameter alas bebola = p

                                                                      10

 

Mengukur Panjang Yang Kecil-Pembaris meter,Angkup Vernier dan Tolok Skru Mikrometer

 

(a)Pendahuluan

 

Terdapat tiga jenis alat pengukuran panjang yang biasanya        digunakan di makmal iaitu seperti jadual berikut:-

Alat

Kepekaan /kejituan dalam cm

Kepekaan/ kejituan dalam mm

Pembaris meter

0.1

1

Angkup Vernier

0.01

0.1

Tolok skru mikrometer

0.001

0.01

 

(b)Pembaris meter

Pembaris meter terdiri dari kayu atau besi yang panjangnya 1 meter.

1 senggatan kecil adalah bersamaan 1 mm atau 0.1 cm.

Semasa menggunakan pembaris cara berikut perlu dilakukan untuk mengelakkan ralak paralaks ataupun ralat sifar(ralat hujung).:-

(i)      pengukuran  tidak semestinya bermula dihujung,kerana kemungkinan hujung pembaris haus yang  menyebabkan berlakunya ralat sifar(ralat hujung)

 

(ii)     Pembaris hendaklah diletakkan tegak pada        objek yang  hendak diukur dan mata pemerhati           hendaklah tegak dengan skala  untuk         mengelakkan ralat paralaks

(iii)    Bagi mengukur objek tiga dimensi pembaris dan sesiku hendaklah digunakan.

  (c)  Angkup vernier

 


-        Angkup luar digunakan untuk menyukat diameter luar

-        Angkup dalam digunakan untuk

menyukat diameter dalam

-        Ekor digunakan untuk mengukur kedalaman ,contohnya kedalaman bikar.

-        Bukaan rahang dalam,bukaan rahang luar dan ekor sentiasa mempunyai panjang yang sama.

-        1 senggatan kecil skala utama adalah 0.1 cm atau 1mm

-        1 senggatan kecil pada skala vernier adalah 0.09 cm atau 0.9 mm

-        Perbezaan satu senggatan kecil pada skala utama dan vernier

         = (0.1 - 0.09) cm

         = 0.01 cm

-        Bacaan pada angkup vernier = [bacaan skala utama + (0.01 x skala vernier)] cm

-        Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan angkup vernier:-

(i)     Tentukan ralat sifar ada atau tidak.Jika ada ralat sifar bacaan mesti  diperbetulkan iaitu:

Bacaan sebenar  = bacaan diperolehi - ralat sifar

(ii)    Pastikan rahang betul-betul menyentuh objek diukur.

 

Contoh 8

 

Catatkan bacaan yang terdapat pada rajah berikut:-

    

           

Penyelesaian

 

Contoh 9

 

Nyatakan bacaan sebenar bagi objek pada rajah berikut:-

 

 

Penyelesaian

 

(e) Tolok skru mikrometer

 

-        Kegunaannya ialah menentukan ketebalan kertas,diameter dawai atau alas bebola.

-        Hujung rahang iaitu anvil dan spindal harus dibersihkan terlebih dahulu  dari kekotoran.

-        Apabila diletak objek,rahang ditutup dengan memutarkan bidal.Apabila rahang hampir rapat dengan objek,putarkan racet sehingga bunyi 'tik' yang petama.

-        1 senggatan kecil skala utama adalah 0.5 mm .

-        Skala verniernya mempunyai 50 senggatan kecil.Apabila skala veriner diputar satu pusingan ,skala utama kan bergerak sejauh 0.5 mm.

Oleh itu 1 senggatan kecil pada skala vernier

= 0.5 mm  =0.01 mm

             50

-        Bacaan pada angkup vernier = [bacaan skala utama + (0.01 x skala vernier)] mm

-        Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan tolok skru mikrometer:-

(a)     Tentukan ralat sifar ada atau tidak.Jika ada ralat sifar bacaan mesti diperbetulkan iaitu:

Bacaan sebenar  = bacaan diperolehi - ralat sifar

(b)     Gunakan racet untuk mengetatkan objek yang diletakkan pada rahang supaya tekanan yang berlebihan tidak dikenakan pada objek.

 

Contoh 10

 

Catatkan bacaan yang terdapat pada rajah berikut:-


 


Penyelesaian

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Contoh 11

 

Nyatakan bacaan sebenar bagi objek pada rajah-rajah berikut:-

(a)

 

 

(b)

Penyelesaian

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 TUTORIAL 3

 
 

 

 

 


1       12 keping kertas graf berukuran 12 cm x 20   cm. Berapakah bilangan petak kecil 2mm x 2mm yang berada dalam kertas graf tersebut?

 

      A           60                                 B       600

      C           6000                            D       60000

      E           600000

 

2       Semasa menentukurkan sebuah neraca  mikro,segiempat kecil berukuran 2 mm x 2 mm  sebagai jisim piawai yang dipotong daripada

sekeping kertas graf  berukuran  12 cm x 16  cm. Jika jisim 40 keping kertas graf ialah 88 g, berapakah jisim satu jisim piawai?

 

          A          8     g                          B      88  x 4       g

                    60 x 80                            40 x 120 x160

 

          C      88       g                         D         88   g

              120 x 160                            40 x 120 x160

 

 

Alat pengukur

Bacaan/mm

     X

     Y

     Z

2.38

52

6.5

3       Jadual di atas merupakan bacaan yang

diperolehi dengan menggunakan tiga alat pengukur X,Y dan Z.Alat-alat pengukur X,Y dan Z tersebut adalah

 

A       Pembaris meter,angkup vernier,tolok skru mikrometer

B       Angkup vernier,tolok skru mikrometer,pita pengukur

C       Tolok skru mikrometer,pembaris meter,angkup vernier

D       Pita pengukur,tolok skru mikrometer, angkup vernier

 

 

 

 

 

 

 

4       Empat orang pelajar W,X,Y dan Z menggunakan angkup vernier, pembaris meter dan tolok skru mikrometer untuk mengukur ketebalan satu objek.Catatan pelajar manakah

           yang betul?

 

 

 

Pelajar

Pembaris

meter

/ cm

Angkup vernier

/ cm

Tolok skru

mikrometer

/cm

ABC

D

W

X

Y

Z

2.17

2.174

2.17

2.2

2.2

2.2

2.174

2.17

2.174

2.17

2.2

2.174

 

5       Manakah alat pengukur berikut mempunyai kejituan yang betul?

         

Alat                                          Kejituan

 

A       Pembaris meter                            1 mm

B       Angkup Vernier                    0.001 cm

C       Tolok skru mikrometer       0.1 mm

 

6       Panjang fokus sebuah kanta cembung adalah 12 cm dicatat oleh seorang pelajar apabila menggunakan pembaris meter.Bacaan  ini mestilah ditulis sebagai

 

A       11.9 cm                       B       12.0 cm

C       12.00 cm                    D       12.1 cm

 

 

 

 

 


         

7       Rajah menunjukkan angkup vernier yang mempunyai ralat sifar. Berapakah ralat sifarnya?

 

A       + 0.04 cm                    B       - 0.04 cm

C       + 0.06 cm                   D       - 0.06 cm

 

8       Berapakah bacaan yang ditunjukkan oleh angkup vernier pada rajah di atas?

 

A       3.17 cm                       B       3.08 cm

C       2.18 cm                       C       2.07 cm

9       Rajah(a) menunjukkan angkup vernier dengan keadaan rahang dalam keadaan rapat.Rajah(b) menunjukkan angkup vernier itu digunakan untuk menyukat diameter luar satu objek.Diameter sebenar objek itu adalah,

 

A       2.02 cm                       B       2.04 cm

C       2.06 cm                       D       2.08 cm

 

10     Tebal sehelai kertas apabila diukur denganmenggunakan tolok  skru mikrometer adalah

 

A       2 mm                            B       2.1 mm

C       2.14 mm                      D       2.142 mm

 

11

           

Berdasarkan rajah di atas,berapa kali pusingan skala vernier?

 

A       12                                 B       12½

C       13                                 D       13¾

12    

           

Rajah menunjukkan skala satu tolok skru mikrometer apabila rahangnnya rapat.Setiap pengukuran yang dibuat dengan menggunakan tolok skru mikrometer ini semestinya

 

A       ditambah 0.02 mm            

B       ditolak 0.02 mm

C       ditambah 0.03 mm            

D       ditolak 0.03 mm

                                                                                                

 

 

13     Rajah menunjukkan sebuah tolok skru mikrometer yang digunakan untuk mengukur tebal 10 keping kertas.Tebal sehelai kertas adalah

 

A       3.25 cm                       B       3.75 cm

C       0.325 cm                    D       0.0375 cm

 

14        Rajah(a) menunjukkan rahang sebuah tolok skru mikrometer dalam keadaan rapat.Rajah(b) pula menunjukkan tolok skru mikrometer itu digunakan untuk menyukat diameter satu objek.

Diameter sebenar objek itu adalah

 

A       8.30 mm            B       8.32 mm

C       8.80 mm            D       8.82 mm

 

15     Apabila menggunakan pembaris meter perkara-perkara berikut perlu dilakukan.

 

A       Pengukuran mestilah bermula di tanda sifar pembaris

B       Letakkan pembaris secara tegak di atas objek yang hendak diukur

C       Untuk mengukur objek tiga dimensi gunakan pembaris dan protraktor

16     Pernyataan yang manakah benar mengenai tolok skru mikrometer yang terdapat pada rajah di atas?

 

A       Skala M nya mempunyai 100 bahagian

B       Fungsi P ialah menutup rahang dengan lebih cepat

C       Boleh diguna untuk menentukan diameter dalam sebuah bikar

D       Kejituannya ialah sehingga 0.001 cm

 

17    

Kuantiti

Alat Pengukur

 Kejituan(cm)

Tebal sekeping duit syiling

Panjang buku latihan

Diameter dalam bikar

18

 

Rajah menunjukkan sebuah angkup vernier digunakan untuk mengukur diameter luar sebuah tabung didih.Rajah (a) merupakan keadaan angkup vernier semasa rahangnya rapat dan rajah(b) merupakan keadaan angkup vernier semasa diletakkan tabung didih

.

(a)     Apakah fungsi bahagian berlabel  P?

 

.............................................................................

 

          (b)    Berapakah nilai satu senggatan kecil pada 

 skala verniernya?

 

.............................................................................

 

(c)     Nyatakan diameter tabung didih itu dalam unit meter.

 

 

 

 

 

 

 

 

          (d)    Nyatakan dua kelebihan menggunakan      angkup vernier berbanding dengan    pembaris meter untuk mengukur diameter           sebuah tabung didih.

 

          ....................................................................

 

          ....................................................................

 

          ....................................................................

 

          ....................................................................

(e)     Semasa mengukur diameter tabung didih,adalah dicadangkan bahawa ukuran dibuat beberapa tempat disepanjang tabung  didih. Mengapa?

 

          ....................................................................

 

          ....................................................................

 

          ....................................................................

 

          ....................................................................

 

19

Rajah di atas menunjukkan sebuah tolok skru mikrometer yang digunakan untuk menentukan tebal sekeping kertas.

 

 

(a)     Berapa kali pusingankah skala N telah berputar?

 

 

 

 

          (b)    Tentukan tebal sehelai kertas dalam unit             cm.

 

 

 

          (c)     Namakan M dan nyatakan fungsinya.

 

          ....................................................................

 

          ....................................................................

 

          ....................................................................

 

          (d)    Sebelum alat ini diguna apakah satu           langkah penting perlu dilakukan  supaya    ukuran yang akan dibuat adalah lebih jitu.

 

          ....................................................................

 

          ....................................................................

 

          (e)     Nyatakan dua perbezaan yang terdapat di antara tolok skru mikrometer dengan          angkup vernier.

 

          ....................................................................

 

          ....................................................................

 

          ....................................................................

 

...............................................................

 

20     (a)    Nyatakan alat-alat yang sesuai

untuk mengukur kuantiti-kuantiti  berikut dan nyatakan juga darjah kejituannya.

 

(i)      Panjang meja 

(ii)     diameter alas bebola

         (iii)    diameter dalam tabung didih.

  

  

 

 

 

 

 (b)   Huraikan struktur sebuah tolok skru mikrometer.Berikan dua kelebihan menggunakan tolok skru mikrometer daripada angkup vernier.

 

21     Terangkan bagaimanakah dapat anda menganggar  kuantiti-kuantiti berikut:-

 

          (a)     Tinggi pokok  ketika ada cahaya matahari

         

          (b)    Tinggi tiang  bendera di sekolah anda                  pada hari mendung

 

          (c)     Lebar sebatang sungai