Make your own free website on Tripod.com

  PELAJARAN 2

 
 

 

 


Inersia

 

Pengertian Inersia

Inersia adalah sifat semulajadi bagi suatu jasad yang berjisim menentang perubahan dalam gerakan yang tiba-tiba.

Perubahan dalam gerakan bermaksud dari keadaan rehat ke bergerak atau dari keadaan bergerak ke rehat.

Secara ringkasnya inersia ialah sifat enggan berubah pada suatu jasad apabila dilakukan perubahan   gerakan terhadap objek itu

 

Contoh-contoh fenomema harian atau eksperimen ringkas untuk menunjukkan fenomena inersia.

 

(i)      Dari keadaan rehat ke bergerak:(eksperimen  ringkas)

       
Tarik kertas tebal dengan cepat.

Didapati duit syiling jatuh ke dalam gelas dan tidak bergerak bersama-sama kertas tebal.

Ini disebabkan duit syiling mempunyai inersia terus mengekalkan keadaan rehatnya dan menentang perubahan gerakan yang cuba dilakukan ke atasnya.

 

(ii)     Dari keadaan bergerak ke rehat:(fenomena harian)

 

Penumpang-penumpang dalam sebuah kenderaan akan terhumban ke hadapan apabila kenderaan itu diberhentikan dengan tiba-tiba.

Ini disebabkan semasa kenderaan itu bergerak halaju penumpang sama dengan halaju kenderaan.

Apabila kenderaan itu diberhentikan,penumpang akan mengekalkan halajunya  dan tidak berhenti bersama-sama kenderaan kerana penumpang mempunyai inersia yang menentang perubahan gerakan yang cuba dilakukan ke atas penumpang.

 

Contoh-contoh lain fenomema berkaitan dengan  Inersia

 

Fenomema

Keterangan

1.Untuk menuangkan sos ke makanan kita mesti menggerakkan botol sos  dan kemudian memberhentikannya

 

2. Kita mesti mesti memusingkan payung dengan laju untuk mengeringkannya

 

 

 

Hubungan jisim dan inersia

 

Apabila jisim bertambah maka inersia akan bertambah.

 

Eksperimen untuk menentukan hubungan jisim dan inersia

 


Gantung dua baldi yang sama besar di mana salah satunya  berisi pasir.

Tolak kedua-dua baldi serentak dan selepas berayun beberapa ketika hentikan kedua-dua baldi serentak.

Didapati baldi yang berisi pasir lebih sukar digerak dan dihentikan.

Ini menunjukkan baldi yang berjisim lebih besar mempunyai sifat menentang prubahan dalam gerakan(inersia) yang lebih besar.

Oleh itu apabila jisim bertambah,inersia bertambah.

 

Neraca inersia

 

(i)      Kegunaan

 

Ialah untuk menentukan atau membandingkan jisim suatu jasad.

 

 

(ii)     Struktur neraca inersia.


 (iii)   Hubungan antara jisim,m dengan tempoh           ayuanan,T         bagi neraca inersia.

 


Kuasadua tempoh ayunan berubah secara langsung dengan jisim.

 

                         T2  a  m

 

                             T2   =    pemalar

                           m

 

(iv)    Kaedah menentukurkan neraca inersia.

 

Tentukan jisim satu silinder besi = m

Ayunkan neraca secara mengufuk

Catatkan masa 10 ayunan = t

Kirakan tempoh T = t/10

Kirakan  nilai T2

Ulangi eksperimen sebanyak 5 kali dengan menambahkan silinder besi pada rak.

Lukiskan graf T2 lawan m

                 

         

(iv)    Eksperimen untuk menunjukkan tempoh ayunan

tidak dipengaruhi daya tarikan graviti bumi.

 

Masukkkan satu silinder besi dalam rak.

Ayun secara mengufuk,

Catat masa 10 ayunan =t

Kira tempoh ,T = t/10

Ulangi eksperimen dengan menggantung silinder besi dengan seutas tali dalam keadaan tegak lurus supaya berayun tanpa kesan graviti.

Didapati tempoh,T adalah tetap.

 

(v)     Eksperimen untuk menunjukkan tempoh ayunan

tidak dipengaruhi daya tarikan magnet

 

 Masukkkan satu silinder besi dalam rak.

Ayun secara mengufuk,

Catat masa 10 ayunan =t

Kira tempoh ,T = t/10

Ulangi eksperimen dengan meletakkan magnet  mengufuk berdekatan dengan  silinder .

Didapati tempoh,T adalah tetap.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  TUTORIAL 2

 
 

 

 

 


1       Inersia sesuatu objek adalah

 

A       Perubahan halaju sesuatu objek

B       Daya bertentangan dengan gerakan jasad

C       Daya geseran yang wujud ketika objek mula bergerak

D       Sifat semulajadi pada objek bagi menentang perubahan gerakan jasad

 

2       Inersia suatu objek dipengaruhi oleh

 

A       pecutan jasad

B       halaju jasad

C       jisim jasad

D       suhu jasad

 

3       Fenomena-fenomena berikut adalah berdasarkan prinsip  inersia kecuali

 

A       Telur masak dan telur tidak dimasak diputar untuk menentukan perbezaannya

B       Penumpang-penumpang terhumban ke hadapan apabila kenderaan diberhentikan dengan tiba-tiba

C       Payung dipusingkan dengan cepat untuk mengeringkan air hujan yang terlekat kepadanya

D       Dua buah bot laju akan berlanggar apabila kedua-duanya bergerak berhampiran satu sama lain

 

4       Neraca inersia digunakan untuk membandingkan

 

A       jisim jasad

B       berat jasad

C       pecutan jasad

D       momemtum jasad

 

 

5       Tempoh ayunan sebuah neraca inersia dipengaruhi oleh

 

A       Pecutan graviti

B       Amplitud ayunan

C       Jisim silinder besi

D       Daya tolakan yang dikenakan

 

6       Apabila  silinder besi berjisim 100 g dimasukkan dalam rak neraca inersia didaati tempoh ayunannya ialah 4.8 saat.Berapakah jisim silinder besi yang dimasukkan dalam rak neraca jika tempohya adalah 6.8 saat.

 

A       100 g                            B       150 g

C       200 g                            D       250 g

E       300 g

 

7       Apabila sebuah kereta yang sedang bergerak berhenti dengan tiba-tiba,penumpang di dalamnya akan terhumban ke hadapan.Ini disebabkan

 

A       inersia kereta

B       tarikan graviti

C       inersia penumpang

D       tindak balas penumpang

 


8       Dua spring yang serupa digantungkan pemberat         berjisim 2 kg dan 5 kg masing-masing.Kedua-dua      pemberat disesarkan ke bawah dan         kemudiannya    dilepaskan serentak.

          (a)     Bandingkan tempoh ayunan kedua- dua spring itu.

 

.....................................................................................

(b)    Nyatakan sebab bagi (a) di atas.

 

.....................................................................................

 

.....................................................................................

(c)     Apakah yang terjadi tempoh ayunan kedua-dua spring jika eksperimen ini dilakukan di bulan.

 

.....................................................................................

9


          (a)     Set radas dibina daripada bongkah logam          yang                    diikat benang P dan benang Q yang tergantung                   pada siling seperti pada rajah.  

                   Apa yang akan berlaku dan beri sebab jika

 

          (i)      benang Q ditarik ke bawah secara perlahan-      lahan dengan menambahkan daya tarikan          secara beransur-ansur?

 

          .....................................................................................

 

          .....................................................................................

 

                  

          (ii)     benang Q disentak dengan satu daya yang                             kuat?

 

          .....................................................................................

 

          .....................................................................................

 

          .....................................................................................

 

          .....................................................................................

 


10     Rajah menunjukan sebuah neraca inersia.

          Dengan alat ini jisim sesuatu jasad boleh dapati         dengan     membandingkan tempoh getarannya          dengan tempoh           getaran satu jasad yang diketahui jisimnya.Dalam satu       eksperimen untuk menentukur satu neraca inersia,    seorang pelajar           mendapat keputusan berikut:

 

Jisim m/kg

Tempoh T/ s

T2   / S2 

m

T2

( 1 T.P.)

1.0

0.82

 

 

1.5

1.00

 

 

2.0

1.15

 

 

2.5

1.29

 

 

3.0

1.41

 

 

 

(a)     Lengkapkan jadual di atas

 

(b)    Apakah unit bagi  m

                                              T2

 

.............................................................................................

 

(c)     Apakah pertalian antara jisim,m dan tempoh getaran,T.

 

.............................................................................................

 

.............................................................................................

 

 

 

 

(d)    Pelajar itu menggunakan neraca inersia ini untuk menentukan jisim satu objek dan apabila objek itu diletak pada neraca tempoh getaran ialah 2.8 saat. Berapakah jisim objek itu.

 

 

11     (a)     Mengapakah adalah lebih sukar untuk  memulakan            dan untuk memberhentikan troli          yang berisi barang               berbanding dengan troli yang kosong.

 

          (b)    Huraikan satu rangka eksperimen untuk mencari                 hubungan antara dua pemboleh         ubah  yang terlibat              dalam (a) di atas. Dalam huraian anda perkara-                             perkara berikut mesti dinyatakan.

 

                   Tujuan  dan Hipotesis

                   Pemboleh ubah- pemboleh ubah yang                                    terlibat

                   Mendefinasi pemboleh ubah secara operasi

                   Radas mencukupi dan berfungsi

                   Keadah mengawal pembolehubah

                   Menjadual  data

                   Kaeadah menganalisis