BAB 1 : PENGENALAN KEPADA FIZIK

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 


 

  PELAJARAN 1

 
 

 

 

 


Memahami Fizik

 

Fizik merupakan ilmu untuk mencari penerangan rasional (mengapa dan bagaimana) tentang sifat jirim,tenaga dan fenomena alam semula jadi.

Antara bidang fizik ialah fizik nukleur, fizik keadaan pepejal,biofizik,elekronik,astronomi ,fizik plasma dan lain-lain.

Tujuan anda mempelajari fizik ialah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut seperti:-

Mengapakah penyedut minuman kelihatan bengkok di dalam  sebiji gelas yang mengandungi air ?

Mengapakah kita merasai gerun apabila menaiki sebuah kereta yang sedang bergerak laju menuruni bukit?

Bagaimanakah pelangi terbentuk?

Mengapakah penumpang-penumpang di dalam sebuah kereta terhumban ke hadapan apabila kereta dihentikan dengan tiba-tiba?

Bagaimanakah logamaya terbentuk?

Bagaimanakah sebuah kapal terbang terangkat?

Untuk mempelajari fizik kita mesti  menguasai kemahiran saintifik(kemahiran proses sains dan kemahiran manupultaif),mengaplikasi kaedah saintifik dan mengamalkan sikap saintifik.

 

Kuantiti Fizik

Pengertian Kuantiti Fizik

Kuantiti fizik ialah kuantiti boleh diukur.

Contohnya ialah suhu,tekanan,halaju dan sebagainya.

Kuantiti fizik terbahagi dua jenis iaitu kuantiti fizik asas dan kuantiti fizik terbitan.

Kuantiti Fizik Asas

Kuantiti fizik asas ialah kuantiti fizik yang tidak dapat ditakrifkan(diterbitkan) dalam sebutan kuantiti -kuantiti fizik yang lain atau tidak dapat diperolehi daripada gabungan dua  kuantiti fizik yang lain.

 

Terdapat lima kuantiti fizik asas seperti disenaraikan dalam jadual berikut:-

 

 

 

 

 

Kuantiti

asas

Simbol

Unit

asas

Simbol

Unit

Contoh

Alat

 

Panjang

 

Jisim

 

 

Masa

 

 

Suhu

Arus

Elektrik

 

 

*Anda boleh mendapatkan jadual ini dari buku sifir matematik  4 angka.

 

Kuantiti Fizik Terbitan

 

Kuantiti  Fizik terbitan ialah Kuantiti fizik yang boleh diterbitkan daripada kuantiti-kuantiti asas melalui operasi darab atau bahagi atau kedua-duanya.

 

Di antara contoh-contoh kuantiti fizik terbitan adalahseperti berikut:-

 

Kuantiti

Terbitan

Simbol

Dalam sebutan

Kuantiti

Asas

Unit

terbitan

Simbol

Unit

Terbitan

Luas

 

 

Halaju

 

Ketumpatan

 

 

Contoh 1:

Nyatakan kuantiti terbitan berikut dalam sebutan kuantiti asas.

(a)     Pecutan     

(Panduan: Pecutan = perubahan halaju)

                                           masa

(b) Momentum

     (Panduan : Mometum = jisim x halaju )

Penyelesaian:

 

                                               

Contoh 2

 

Nyatakan unit asas bagi kuantiti-kuantiti terbitan berikut:

 

(a)         Daya   

               (Panduan : Daya = jisim x pecutan )

 

(b) Impuls

( Panduan : Impuls = perubahan momentum)

 

(c) Kerja

               (Panduan : Kerja  = daya x sesaran)

 

 

Penyelesaian

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  TUTORIAL 1

 
 

 


1       Manakah daripada yang berikut bukan

kuantiti asas?

 

           A      Panjang                      B       Berat

           C      Arus elektrik                 D       Masa

2       Manakah antara berikut adalah bukan

 unit asas?

          A       Celsius                        B       Ampere

          C       Kilogram                     D       Saat

 

3       Kuantiti terbitan dihasilkan daripada kuantiti asas  dengan  operasi

          A       Penambahan atau penolakan   

B       Penambahan atau penolakan atau kedua-duanya

C       Pendaraban atau pembahagian

D       Pendaraban atau pembahagian atau kedua-duanya

 

4       Unit asas bagi jisim adalah

          A       Miligram            B       Gram

          C       Kilogram           D       Mikrogram

 

5       Kuantiti asas yang tidak terdapat dalam daya  adalah

 

          A       Panjang             B       Masa

          C       Suhu                  D       Jisim

 

6       Di antara kuantiti terbitan berikut yang manakah  merupakan gabungan suatu kuantiti asas sahaja?

          A       daya                  

B       isipadu

          C       pecutan  

 

7       Yang manakah antara berikut benar mengenai   suatu kuantiti fizik?

 

Kuantiti fizik

Jenis

Unit S.I.

A

 Momemtum

terbitan

Kg m s-2

B

 Suhu

asas

o C

C

 Kerja

terbitan

kg m 2 s - 2

D

 Luas

asas

m 2

 

8       Tenaga kinetik diberi oleh rumus                

                                       E = ½ m v 2   

di mana  m = jisim dan v ialah halaju. Bilangan  kuantiti asas yang  terlibat  dalam rumus tenaga kinetik ialah

A            1                                                       

B            2

C            3                                                       

 

9       Beberapa kuantiti fizik serta unit SI yang  sepadan  telah diberi  di bawah.Pasangan yang  manakah benar?

   

          Kuantiti Fizik                         Uni S.I.

  

A       Luas                              Kaki   persegi

B       Berat                                       Kilogram

C       Kuasa                           Joule per minit

D       Ketumpatan                Kilogram per

meter padu

                   

 

10     Jika suatu kuantiti fizik diberi oleh rumus 

M = ¾ e d 2

di mana  e unitnya kilogram  manakala d    unitnya meter, maka unit bagi M ialah,

 

           A      kg 2 m                           B       kg - 2  m    

           C      kg m 2                           D       kg m -  2    

           E      kg 2 m 2

 

11      Tempoh ayunan bagi sebah neraca inersia diberi oleh hubungan  

                     T 2 =  k m  

di mana 

    T = tempoh dan unitnya  s ,   m =  jisim dan unitnya kg  

    dan k =pemalar                

          maka unit bagi k ialah,

          A       kg s2                                             B       kg- 1  s 2

          C       kg s                                D       kg- 2 s-1

               E            kg2 s1

 

12     Pasangan kuantiti terbitan ialah

          A       daya dan arus

          B       tekanan dan  suhu

          C       kerja dan jisim

          D       berat dan beza keupayaan

13     Antara kuantiti-kuantiti berikut  yang manakah  ialah        kuantiti asas?

 

          A       Halaju kayuhan seorang pelumba

Basikal adalah 70 km j-1

B       Perimeter sebuah padang bola adalah  yang dicatat oleh seorang pelari 380 m

C       Berat angkasawan di bulan adalah 10 N

D       Kuasa sebuah mentol elektrik  ialh 60W

14     Kuantiti-kuantiti asas yang tidak terdapat dalam  pecutan adalah

 

A       Panjang             

B       Jisim

C       Masa                  

15     Di antara alat-alat yang diperlukan

untuk menentukan ketumpatan sekeping batu batu  kecuali

A       Jam randek

B       Pembaris meter        

C       Neraca Kimia

 

16     Di antara  kuantiti terbitan dan unit S.I yang manakah berikut adalah benar?

          A       Kuantiti cas unitnya A s      

B       Halaju unitnya km j - 1

          C       Pecutan unitnya cms- 2      

D       Isipadu unitnya cm 3

 

17     Di antara kuantiti-kuantiti terbitan berikut yang manakah  hanya mempunyai kuantiti asas panjang dan masa sahaja.

 

           A      Halaju                          B       Momemtum

           B      Daya                            D       Tekanan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

18     (a)     Arus elektrik yang mengalir dalam satu konduktor                logam ditakrifkan sebagai

                                  

                              arus  =   cas

                                         masa

 

Berdasarkan persamaan yang manakah merupakan

                   (i)      kuantiti asas

 

          ...............................................................

                   (ii)     kuantiti terbitan

 

          ...............................................................

 (b)    Apakah unit S.I. bagi kuantiti cas

 

          ...............................................................

 

19     Kuasa seorang pelajar yang menaikki sebuah tangga diberi oleh persamaan,

 

                          Kuasa  =   daya X sesaran

                                                    masa

 

(a)     Nyatakan kuantiti asas yang  terkandung dalam                              persamaan  di atas.

 

...............................................................................

(b)     Nyatakan dalam sebutan unit asas bagi kuasa

 

...............................................................................

 

 

20     50 biji butir-butir plumbum yang setiap satunya berjisim 0.5 g dan berdiameter 0.2 mm dijatuhkan dari suatu tempat setinggi 8 m dan kemudiannya terkena satu blok  plumbum nipis  yang berbentuk segiempat tepat dengan perimeternya 120 cm. Semasa terkena blok plumbum suhu meningkat sebanyak 1.2 o C dan menghasilkan tenaga haba sebanyak  320 J.

Berdasarkan maklumat  yang diberi kumpulkan semua kuantiti terlibat berdasarkan cirinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

21     Berdasarkan Hukum Kegravitian Semesta daya tarikan F bagi dua jasad yang berjisim m  dan  M  masing-masing dengan r ialah jarak antara kedua-dua jasad itu diberi oleh persamaan

 

                         F = G m M

                                     r 2

              

               Berdasarkan persamaan di atas nyatakan                                 

          (a)     satu contoh kuantiti terbitan dan satu   contoh                        kuantiti asas.

 

 

 

          (b)     unit-unit S.I.bagi  F,m ,M  dan r

 

 

 

 

 

 

          (c)     unit S.I. bagi G